Pada 27 Disember lalu, Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah melancarkan Jaringan Kerjasama Rakan Kongsi BioNexus (BNP) dan Pengumuman Penyempurnaan Pemetaan Genom Melayu anjuran bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) di Dewan Kuliah 500, UiTM Puncak Alam, Selangor.
Timbalan Perdana Menteri berkata, “Saya merasa bangga kerana aktiviti penyelidikan yang dijalankan di Pusat Farmakogenomik (PROMISE) telah menampakkan hasil kejayaan. Kejayaan pemetaan genom individu digelar Genom Melayu telah berjaya dilaksanakan oleh para saintis di UiTM. Ini adalah selari dengan usaha negara-negara maju di Asia dan Eropah yang sedang giat menjana maklumat mengenai genom rakyat mereka sendiri agar dapat diguna untuk membangun strategi kesihatan yang paling sesuai untuk penduduk setempat”.
Kejayaan ini adalah hasil sokongan kerajaan kepada usaha-usaha memperkuatkan sektor termaju Bioinformatics dan pembiayaan projek-projek genom seperti Projek 25 Genom Malaysia, Projek Genom Manusia Kerdil dan Projek Genom Kelapa Sawit.
Program-program ini menjadi penanda aras keupayaan saintis Malaysia di persada sains dan teknologi antarabangsa dan penglibatan UiTM merupakan sesuatu yang harus dibanggakan.
Naib Canselor UiTM, YBhg. Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada penyelidik UiTM kerana berjaya menyempurnakan pemetaan genom etnik Melayu serta mewujudkan pangkalan data yang berguna bagi penyelidik-penyelidik yang lain memulakan penyelidikan mereka dalam mereka bentuk ubat-ubatan, pembangunan dan pengkomersilan.
Pada masa sama, satu pertukaran perjanjian (MOA) juga disaksikan di antara UiTM dan SNAA Medic Sdn Bhd sebagai tanda setuju untuk mengkomersilkan dua ujian farmatogenik yang dibangunkan di PROMISE.
Kini UiTM menempatkan tiga unit makmal BNP, terdiri daripada Unit Analitikal (AU) yang mengendalikan sistem kromotografi untuk pelajar farmaseutikal, Whole Genome Sequencing Unit dan Integrated Systematic Biology Unityang berada di bawah PROMISE yang pengkhususan dalam penjujukan genom dan spektrometri jisim.
Kejayaan ini menandakan keupayaan UiTM menyediakan prasarana bertaraf antarabangsa sejajar dengan hasrat kerajaan dalam membangunkan modal insan bumiputera yang mampu bersaing di arena global.

No comments:
Post a Comment